11 Selebriti Utama Yang Masih Kekal Berhijab. Jangan Terkejut Dengan Perubahan Ekstreem No 11.

Loading...

Selepas Uqasga Senrose, nampaknya Sara Ali pula mengikut jejak langkah untuk membuka tudungnya. Alasannya kerana masih belum bersedia dan ketika berhijab itu terikut-ikut dengan sebuah syarikat bersifat keagamaan.

Namun Sara Ali mengakui kekhilafannya dan tidak mahu orang lain terus menyalahkan orang lain terutamanya ibu bapanya atas kesilapan yang dilakukan.

Sebenarnya Uqasha dan Sara Ali adalah hanya segelintir sahaja artis yang berubah fikiran setelah berhijab. Perlakuan mereka tidak dianggap ibarat nila setitik rosak susu sebelanga dalam mewakili teman-teman artis lain yang berhijrah dengan sepenuh hati

Masih ramai lagi artis OTAI yang berhijab masih kekal istiqamah. Malah ada yang telah melebarkan sayap dengan membuka perniagaan tudung di bawah jenama sendiri.

Ini dia senarai HIJABISTA artis wanita OTAI yang kekal berhijab dan masih lagi popular:

1. Wardina Saffiyah

Antara artis yang mula-mula berhijab hingga mencetus fenomena apabila tudung yang diperaga Wardina agak viral. Keputusan diambil setelah balik dari mengerjakan umrah. Ternyata rezeki pelakon ini tetap laris biarpun setelah berhijab.

2. Erra Fazira

Mula berhijab sejak Jun 2015 dan bukan disebabkan oleh desakan seseorang. Sebaliknya Erra berkata

“Saya berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana Dia bukakan pintu hati saya untuk berubah kerana Dia”.

Masih kekal berhijab dan turut membuka jenama sendiri dengan nama Rara By Erra Fazira.

3. Ziana Zain

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 46, mula berhijab sekitar tahun 2014 dan mengesahkan bahawa imej baharu tersebut sebagai penghijrahan kekalnya sehingga ke akhir hayat.

“Ini adalah hadiah yang ALLAH SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya”.

Walaupun berhijab, Ziana Zain tetap laku sebagai duta produk dan sebagainya.

4. Amy Mastura

Penyanyi kecil molek ini mengikut jejak langkah rakan artis seperti Erra Fazira dengan ambil keputusan berhijab pada Jun 2015.

“Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim”.

5. Siti Nordiana

Penyanyi dan juga pelakon dan kini pengacara ini, Siti Nordiana atau Nana semakin popular setelah memenangi program realiti Gegar vaganza. Ternyata rezeki Nana mencurah-curah selepas itu. Dia yang berhijab ketika bulan puasa mengakui bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan padanya.

“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik.”

6. Eja

Beliau berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah sekitar tahun 2013. Sejak itu Eja terus mengambil pendekatan untuk kekal istiqamah dengan penghijrahannya. Malah Eja mengakui sudah lama mahu berhijab tetapi alasan sibuk ketika itu. Rajin hadir ke majlis ilmu dan Eja juga cukup selesa mengenakan imej labuh dan longgar sejak lima tahun lalu. Bagi Eja keputusan untuk berhijab adalah tepat kerana ia petunjuk dari Allah.
 
7. Catriona Ross

Pelakon berdarah Scotland ini juga cukup anggun tika ambil keputusan untuk berhijab beberapa tahun lalu. Malah Catriona juga rajin meberi ceramah motivasi bercerita mengenai penghijrahannya. Ditanya bagaimana jalani kehidupan sebagai wanita Muslimah dan apakah cara terbaik untuk yakin dan berani berhadapan dengan masyarakat sekeliling selepas mengenakan tudung, katanya bukan hanya tingkah laku saja perlu dijaga, tetapi soal fizikal juga perlu diambil kira.

8. Irma Hasmie

Ibu kepada dua orang cahayamata ini mula berhijrah pada tahun 2015. Masih kekal cantik dan popular dan kini selesa sebagai pengacara.

“Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.”

9. Diana Amir

Mengikut jejak langkah Irma adalah Diana Amir yang juga mengambil langkah bijak melakukan penghijrahan. Ceritanya sedikit berbeza kerana mendapat alamat mengenai kiamat sebelum ambil keputusan berhijab. Dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama. Kini Diana begitu istiqamah dan selesa mengenakan hijab labuh.

10. Ella

Mula berhijab Ramadan lalu dan kini masih kekal menutup mahkotanya dengan hijab. Menurut Ella, suaminya turut gembira dengan penghijrahannya dan berharap ia kekal.

11. Natasha Hudson

Artis ini bikin kontroversi baru-baru ini apabila tampil berniqab. Nyata Natasha tetap istiqamah dan berkata suaminya adalah pembimbing yang membawa ke jalan yang betul. Semoga Natasha akan terus berpenamplan begitu kerana jiwanya cukup tenang berada dekat di sisi Allah.

Sumber: http://www.hijabista.com.my

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *