Amboi Amboi!! Bawak Beg LV Mahal Pegi Pasar Beli Ikan. Tindakan Shiela Rusly Ini Buat Orang Ramai Hairan.

Loading...

Selebriti merupakan golongan yang gemar tampil dengan pelbagai gaya. Penampilan mereka bukan cuma pada pakaiannya sahaja malah juga pada aksesori hiasan diri,kasut dan juga bag tangan. Kebiasaannya golongan selebriti ini lebih gemar menggayakan bag tangan yang berjenama mewah.


Bag Tangan LV
Tas tangan yang mereka miliki kebiasaannya akan dipadankan dengan setiap pemakaian mereka. Tidak kira samada ketika berpenampilan casual mahupun formal.

Seperti Pengarah dan Penerbit popular dengan program masakan di TV, Sheila Rusly, antara selebriti yang nampaknya sentiasa nampak bergaya walau di mana-mana acara.

Apa yang mengejutkan, Sheila masih nampak bergaya walaupun ke pasar untuk membeli ikan.

Gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Sheila baru-baru ini menunjukkan dia ke membeli ikan sambil membawa bag tangan jenama terkenal lagi mewah iaitu LV atau Louis Vuitton.

Wow! ke pasar pun pakai bag tangan LV, agaknya kalau ke acara besar pakai bag apa agaknya kan? Dalam gambar tersebut, Sheila menulis kapsyen,

Anak sis nak balik❤️ #anaksis #sayangsangat #sentiasabersyukur #alhamdulillah

Mungkin Sheila teruja menanti kepulangan anaknya, jadi dia bergegas ke pasar untuk mencari ikan untuk menyediakan sajian istimewa buat anak tersayang. Jika diintip laman sesawang pembelian secara online produk Louis Vuitton, harga bag tangan yang dimiliki Sheila ini berharga USD 1,780.00 atau sekitar RM 7,500.00. Mahal juga!

Rata-rata netizen terkejut dan tercengang apabila terlihat Sheila membawa bag tangan LV ke pasar untuk membeli ikan. Maklumlah, kebiasaannya orang akan bawa bakul atau beg plastik ke pasar. Betul tak?

Apa-apapuhn usahlah nak pertikaikan apa yang mereka pakai. Biarkan mereka menggayakan apa sahaja walaupun berbelanja wang yang banyak kerana semua yang mereka miliki itu hasil titik peluh mereka sendiri juga.

Sumber:www.hangat.com/20821-sheila-rusly-ini-harga-bag-tangan-ketika-ke-pasar-beli-ikan

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *