“Anak Kau Ke Anak Aku?? Suka Hati La Aku Nak Simpan Rambut Dia Sampai Kaki Pun!!” – Che Ta ‘Mengamuk’ Di IG Aaisyah..

Loading...

Aaisyah Dhia Rana, 3 anak kepada aktres jelita Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin sememangnya dikenali dan diminati ramai. Ini terbukti apabila pengikut Aaisyah di akaun Instagram @aaisyahdhiarana111 sudah pun mencecah 809 ribu!

Pada usianya yang baru mencecah 3 tahun, Aaisyah dilihat sangat ceria dan petah berkata-kata sehingga mampu menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihat telatahnya.

Terbaru, Che Ta dikatakan ‘mengamuk’ apabila ada kanak-kanak yang menyuruh Aaisyah untuk memotong rambutnya yang panjang di ruangan komen video yang dimuat naik di laman Instagram Aaisyah.

Menerusi video tersebut, Aaisyah kelihatan sangat comel dan cantik walaupun hanya mengenakan baju tidur sementara rambut panjangnya dilepaskan, sambil menyanyikan lagu bagi memberi semangat kepada pasukan bola sepak Kedah yang menentang pasukan Johor semalam.


Dari tinjauan pihak kami, komen asal kanak-kanak yang dipercayai baru berusia 9 tahun itu sudahpun dipadam dan namanya juga turut ditukar.

DIKECAM NETIZEN…

Rata-rata ramai yang bertindak mengecam kanak-kanak tersebut dengan kata-kata yang dianggap kurang matang.

Namun, ada juga yang menyelar dan menegur mereka yang melenting dengan kata-kata yang tidak beradab.

Sumber: Instagram AaisyahDhiaRana, KisahDunia.com via himpunanmedia.com

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *