Atas Kejahilan Ini, Suami Tidak Pernah Tahu Kegiatan Gelap AKu. Aku Isteri Derhaka.

Loading...

Semoga kisah aku ni menjadi pengajaran buat isteri2 diluar sana..

Aku seorang isteri dan ibu yang sudah berkahwin hampir 10 tahun. Kisah aku ini berlaku dalam tahun 2015 bilamana aku berkenalan dgn seorang lelaki bernama Z melalui aplikasi wassap. mula-mula Z ni tak tahu yang aku ini isteri orang sebab aku merahsiakan, sampai satu saat aku berterus terang status diri aku, pada ketika itu, Z ni memang tekejut sebab aku dah beri harapan pada dia dan dia tanya samaada nk teruskan ataupun stop sampai disini.

Aku akui kami dah mula sayangkan satu sama lain jadi kami teruskan hubungan ini tanpa pengetahuan suami aku. Suami aku seorang yang sangat-sangat baik cuma aku terlalu bodoh waktu itu untuk menilai suami aku. hubungan aku dan Z hampir setahun tetapi dalam masa yang sama aku tak mampu lagi untuk menipu suamiku sedangkan dia terlalu baik pada aku dan keluarga aku.

Aku meminta cerai daripda suami sebab aku rasakan Z tu terbaik dan Z nyatakn hasrat hendak berkahwin dengan aku namun keluarga aku menentang sekeras-kerasnya kerana keluarga aku cukup selesa dengan suamiku. suami aku kerja biasa-biasa sahaja tapi cukup segalanya. ada motor,kereta dan rumah untuk kami sekeluarga berteduh..

aku nekad berterus terang dengan suami aku ada lelaki lain melalui wassap, suami berang sedangkan dia tidak pernh terlintas nak menduakn aku. kami berjauhan seketika untuk masing-masing berfikir degan tenang.. Keadaan dah tenang aku buat keputusan untuk kembali semula pada suami kerana memikirkan anak-anak yg masih kecil. Suami menerima dab memaafkn aku..

Namun tak smpai disitu aku masih sayangkn Z, kami masih brhubung dan kami pernah terlanjur beberapa kali. hari brganti hari Z seakan-akan mula berubah, dia mula menjauhi dari aku.. bila aku siasat ternyata dia mempunyai ramai skandal, yg dasyat bukan dgn aku je dia prnah “brsama”.. terduduk aku saat tu.. bodohnya aku.. hinanya aku.. lepas kejadian itu aku tidak lagi berhubung dgn Z..

tumpuan aku hanya keluargaku dan perasaan sayang aku pada suami lebih kuat dari sebelum ni malah makin hari semakin kuat.. aku bertaubat sesungguhnya.. aku isteri yang derhaka.. tidak mungkin akan aku ulangi kejahilan dan kebodohan ni… semoga semua mengambil iktibar dri pengalaman aku..aku pendosa

Sumber : kaki viral info

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *