Ayah lambai sebelum terjun .. Irwan tinggal isteri sarat mengandung dan 7 anak.

Loading...

Sebelum terjun ayah melambai tangan pada saya semasa dia berada di balkoni, saya terkejut dan tidak sangka apa yang ayah buat, kami sekeluarga sudah kehilangan ayah.

Sungguh tragis apa yang berlaku kepada ayah 7 beradik ini sudah lah ibu nya kini sarat mengadung anak ke 8 mereka.

Mereka mendakawa ayah kecewa dengan kehidupan kami sekeluarag, hidup susah tanpa punca keawangan yang tetap.

Keluarga ini masih menerima zakat walaupun sebelum ini ada pihak mendakwa bantuan zakat pada keluarga ini telah di hentikan namun hal itu dinafikan oleh pusat zakat dan mereka mendakwa mungkin pihak lain yang menghentikan bantuan pada keluarga ini.

Akhbar melaporkan seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas terjun dari tingkat 4 sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam, semalam.

Polis mengesyaki tindakan bapa kepada 7 anak itu ada kaitan dengan masalah kewangan dihadapinya.

Dalam kejadian 11.40 malam Sabtu itu, lelaki terbabit melambai kepada anak perempuannya berusia 15 tahun sebelum terjun dari bangunan berkenaan.

Polis berkata, mayatnya ditemui di tempat letak kereta rumah pangsa itu.

Dia dikenal pasti sebagai Mohd Irwan Omar. Dia bersama isterinya berusia 37 tahun yang berasal dari Kluang, Johor mempunyai 7 anak berusia 2 hingga 17 tahun dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata.

Seorang daripada anak Irwan memberitahu penyiasat, bapanya berdepan kesukaran membayar sewa rumah dan perbelanjaan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa baru-baru ini menghentikan pemberian wang zakat bulanan sebanyak RM300 kepada keluarga itu.

Isterinya memberitahu polis, suaminya membayar RM250 untuk rumah seluas 660 kaki persegi itu.

Beliau berkata, penganggur itu mempunyai 7 rekod jenayah lampau, 6 daripada berkaitan dadah.

Katanya, Irwan dan keluarganya tinggal di Jawi, Nibong Tebal, sebelum berpindah ke Bukit Mertajam baru-baru ini.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat Irwan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Semoga isteri arwah tabah dengan apa yang berlaku besar dugaan buat keluarga ini sudah lah dirinya kini sarat mengadung anak kelapan disamping 7 anak lagi yang akan ditanggung.

 

Kredit : Berita Sayu

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *