“Ayah Sejuk Ke Ayah? Mari Saya Peluk” Gambar Lelaki Ini Peluk Erat Ayahnya Sentuh Hati Netizen.

Loading...

Satu gambar yang terlihat seorang anak sedang memeluk bapanya telah menyentuh hati netizen dengan tular di laman sosial minggu lalu.

Gambar yang mempunyai dua situasi itu telah dirakam oleh Restoris A Fatiha ketika menaiki keretapi Prameks dalam perjalanan ke Kutuarjo-Solo pada 6.20 petang (waktu tempatan), 18 Oktober lalu.

Kisah itu turut dikongsi 5,075 pengguna dan lebih 1,000 komen dari pengguna laman sosial.

Dalam ruangan Facebooknya tertulis, gambar ini dirakam pada 18 Oktober pada sekitar 6.20 petang. Saya lihat sesuatu yang membuatkan saya terus merindui ibu bapa, hati tersentuh dan mahu mengeluarkan air mata.

“Satu perbuatan yang kelihatan sederhana tetapi sangat bermakna untuk tontonan semua.

“Pertamanya saya melihat lelaki berusia sekitar 50-an duduk bersama bapanya yang mungkin berusia 75-80 tahun.




“Beberapa saat ketika bapanya mahu menukar posisi duduknya dan bersandar pada badan anaknya yang ketika itu sedang menerima panggilan telefon.

“Anak lelakinya itu kemudian menukar telefon kepada tangan kanannya sebelum tangan kiri merangkul bapanya.

“Situasi ini walaupun nampak mudah tetapi menggerakkan hati kita sebagai seorang anak untuk menyayangi ibu bapa kita walaupun dengan cara yang mudah,” tulisnya.


Sementara itu, di kerusi sebelah pula kelihatan datuk dan nenek sedang mengambil gambar ‘wefie’ bersama cucunya.

“Yang sebelah gambarnya pula adalah datuk nenek dengan cucu. Keadaan untuk mengingatkan seorang kanak-kanak untuk sentiasa mencintai dan mengasihi ibu bapa kita dengan cara yang mudah,” katanya.

Sumber – Restoris A. Fatiha

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *