Bekas Suami Dedah Rahsia Mengejutkan Zarina Anjoulie !!

Loading...

Hangat apabila aktres sensasi, Zarina Anjoulie dan bekas suaminya berperang di laman Instagram. Kedua-dua mereka dilihat berbalas-balas kenyataan, malah mendedahkan aib sesama sendiri.Bekas suami…

Hangat apabila aktres sensasi, Zarina Anjoulie dan bekas suaminya berperang di laman Instagram.

Kedua-dua mereka dilihat berbalas-balas kenyataan, malah mendedahkan aib sesama sendiri.Bekas suami Zarina dalam sebuah muat naiknya membongkar rahsia sebenar aktres tersebut pada masa lampau. Beliau turut menyertakan screenshot perbualan peribadi mereka sebagai bukti.

Malah, bekas suaminya yang berasal dari negara Brunei itu turut mendakwa perangai buruk Zarina yang sering menghina keluarganya.

Zarina tidak mengalah, lalu menepis pendedahan itu dengan menyatakan pekerjaan yang dilakukannya kini adalah daripada sumber yang halal. Malah dia sempat menyindir kembali lelaki tersebut dengan mengatakan apa yang cuba didedahkannya akhirnya telah terkena batang hidung sendiri.

Malah Zarina dengan bangganya turut mendedahkan kejayaan perniagaan yang diusahakannya kini. Dalam nada sinis dia menjemput bekas suami untuk menjadi stokis produk penjagaan wanitanya yang sedang laris bak goreng pisang panas.

Barangkali jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan menutup mulut masing-masing. Semakin banyak aib sesama sendiri didedahkan, lebih banyak dendam dan bertambah maraklah api kemarahan yang menyala. Semoga percakaran bekas pasangan suami isteri ini dapat dileraikan dengan segera.

 

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *