Coretan Sayu TMJ “KEPADA ADINDAKU YANG DIKASIHI..INILAH MALAM YANG PALING SUKAR UNTUK SAYA”

PERGINYA putera kesayangan rakyat Johor, Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail pada Sabtu, 5 Disember 2015 yang lalu masih terkesan dihati rakyat jelata.

Baginda yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan anakanda keempat kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail.

Tunku Jalil sememangnya sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor. Berjiwa rakyat dan amat disenangi ramai dek keramahan dan kemesraannya, senyuman Tunku Jalil sentiasa terukir di wajahnya.

Berikut merupakan fakta penting mengenai Almarhum Tunku Jalil untuk kita ingati bersama:

  1. Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

  1. Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.

  1. Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

  1. Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

 

  1. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.

  1. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.

  1. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.

 

  1. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.

 

  1. Antara kekanda dan adinda baginda termasuk Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

  1. Baginda mangkat pada pukul 7.11 malam, 5 Disember 2015 dan berusia 25 tahun.

 

Menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, coretan terakhir buat adindanya itu begitu mengusik kalbu sesiapa yang membacanya.

“Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu,” kata TMJ.

Menurut Putera Mahkota Johor itu, Almarhum Tunku Abdul Jalil merupakan seorang yang penyayang dan mempunyai sifat suka merendah diri.

“Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.

“Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan.”

Selain itu, TMJ juga berkata nama Almarhum Tunku Abdul Jalil akan diwariskan kepada warisnya.

“Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,” tambah TMJ dalam statusnya.


Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail. Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.

Al-Fatihah.

Sumber : AstroAwani / Cerita Malaya

Mohon Kongsikan
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *