Dahulunya Beliau Adalah Seorang Budak Hingusan Kampung Kini Amalina Che Bakri Digelar Kim Kardashian Malaysia?

Masihkah anda ingat dengan pelajar pintar, Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara sebagai pelajar terbaik SPM 2004 suatu masa dulu?

Gadis ini pernah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia itu apabila mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang dengan mendapat 17A1, sesuatu yang luar biasa ketika itu.

Namun sejak kebelakangan ini, timbul kontroversi di media sosial mengenai perubahan drastik gadis pintar ini.

Apa tidaknya netizen dikejutkan dengan penampilan baharu imej dirinya yang dikatakan menyerupai selebriti kontroversi Hollywood, Kim Kardashian.

Penampilan itu bukan sahaja dilihat mendedahkan aurat malah dianggap seksi kerana tidak bersesuaian dengan asal usul jati dirinya.

Menurut laporan sebuah portal online, Amalina didakwa sudah menanggalkan tudungnya dan semakin bersosial.

Hmmm…perubahan itu bak kata orang ramai, mungkin dia cultural shock kerana perubahan yang begitu ketara mungkin.

Tinjauan menunjukkan ada netizen yang terkejut, ada yang menyokong dan tidak kurang yang mengutuk berikutan penampilan itu dianggap tidak sesuai dengan status dirinya sebagai gadis Muslim.

Pencapaian Amalina dalam bidang akademik sememangnya cukup membanggakan, antaranya beliau memperolehi ijazah berkembar iaitu Ijazah University Edinburgh Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan).

Selain itu, dia juga merupakan pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik.

Terkini, Amalina difahamkan sedang menjalani latihan di surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik.

Gadis ini menyimpan hasrat untuk menjadi pakar bedah serta perunding kanser payudara dan onkoplastik pada masa akan datang!

Apa-apa semoga terus maju jaya ya, Dr. Amalina!

Mohon Kongsikan
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *