Dari Penjual Ikan, Amber Chia Bergelar Supermodel. Keazamannya Untuk Mengubah Nasib Keluarga Patut Dicontohi.

Siapa tak kenal dengan Amber Chia, supermodel Malaysia tinggi lampai dan cantik orangnya. Memang mempunyai pakej lengkap untuk menjadi seorang superstar.

Orangnya juga sangat murah dengan senyuman dan membuatkan semua orang sangat senang dengan peribadinya. Amber juga seorang yang sangat bersahaja sentiasa mencuba untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia setiap kali ditemu bual.

Jika dilihat dengan kehidupannya pada hari ini yang penuh glamor, ramai yang tidak tahu kisah sebelum Amber Chia menempa nama di peringkat antarabangsa.

 

Hi Tuesday! 👋 . #amberchia #ThomasSaboMy

A post shared by Amber Chia (@amberchia) on

 

ANAK NELAYAN & MEMBANTU MENJUAL IKAN

“Saya berasal daripada keluarga yang cukup susah dan disebabkan kesusahan itu saya bersama kakak dan abang telah diberikan kepada keluarga angkat untuk dibesarkan.

“Rentetan daripada itu juga saya hanya bersekolah hingga tingkatan tiga, seterusnya menghabiskan masa membantu ayah yang merupakan seorang nelayan. Saya membantu menjual ikan dipasar pekan Tawau.

MACAM-MACAM KERJA DILAKUKAN UNTUK MENYARA KELUARGA

“Pelbagai jenis kerja saya buat, pagi bekerja di pasar, tnegah hari menjadi jurujual di kedai dan malam menjadi juruwang di sebuah pub. Semuanya saya lalui sehinggalah berumur 17 tahun. Saya berazam hendak mengubah nasib keluarga dan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur.

DATANG KE KUALA LUMPUR BERBEKALKAN RM300

“Berbekalkan wang RM300, saya memulakan kehidupan dalam serba kedaifan. Bukan saja perlu berjimat cermat sementara mendapat pekerjaan, dia juga perlu mengagihkan wangnya membayar sewa bilik dan makanan.

BUKAN MUDAH JADI SEORANG MODEL PERLU KEAZAAMAN TINGGI

“Waluapun memiliki kelebihan dari segi ketinggian 5’9”, saya masih belum boleh menarik nafas lega. Saya terpaksa berlatih memakai kasut tinggi dan menunggu sehingga 6 bulan untuk betul-betul diterima menjadi seorang model.

Sumber: Cari Forum

Mohon Kongsikan
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *