Dengan Sekali Lafaz Sah Bella Milik Engku Emran. Majlis Ijabkabul Selamat Berlangsung.

Loading...

Tahniah diucapkan buat dua jiwa yang saling mencintai, pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella dan juga Engku Emran kerana telah selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa Cynthia sendiri dengan mas kahwin RM300.

Detik penuh bermakna tersebut dikongsikan oleh penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw yang turut hadir pada majlis tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur dan sekaligus turut disertai dengan doa peminat setia pelakon wanita berkenaan.


Ketika Engku Emran, 42, cuba berahsia mengenai kisah cintanya itu, keterbukaan Laudya mendedahkan hubungan mereka sekali gus menggambarkan kedua-duanya sudah membilang detik indah untuk bersatu sebagai suami-isteri.

beberapa perkongsian Laudya, 29, turut menyenaraikan enam sisi peribadi Engku Emran yang dikatakan mampu memikat hati aktres cantik itu.

Antara yang disenaraikan, Engku Emran dikatakan seorang yang rajin mengaji Al-Quran selain mula berhenti merokok dan aktif dalam sukan.

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *