Edry KRU Terasa Hati, Dato Vida Baru Nyanyi 1 Lagu Single Dan Macam-Macam Keluar Dari Mulut Beliau Terhadap Edry.

Loading...

Pasti ramai antara kita yang tidak tahu, rupanya ada cerita yang tidak enak disebalik lagu I Am Me  nyanyian Datuk Vida yang kini menjadi viral dan fenomena

Disebalik kejayaan lagu tersebut, rupa-rupanya Datuk Vida memang tak puas hati dengan seseorang yang ada kaitan dalam pembikinan lagu I Am Me.

Antara punca besar Datuk Vida itu tak berpuas hati dengan Edry Abdul Halim juga merupakan komposer lagu tersebut ialah kerana hak cipta penulisan lirik lagu.

“Menurut sumber, lirik lagu I’am Me sebenarnya dihasilkan bersama antara Datuk Vida dan juga Edry tetapi apabila didaftarkan ia menyatakan lagu itu adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry.

“Begitu juga dengan hak milik klip video, katanya Datuk Vida mahu menampilkan klip video I’am Me dalam channel youtube miliknya tetapi apabila klip video lagu I Am Me siap ia dimuat naik ke laman youtube, rupanya ia dimuat naik ke channel Youtube milik KRU Music,” kata kenyataan di ruangan gosip tersebut.

Menurut sumber, syarikat rakaman sudah tentu memiliki hak sepenuhnya terhadap lagu dan klip video.

“Mungkin perkara ini ditimbulkan orang yang terdekat dengan kedua-dua belah pihak ini tidak tahu yang Datuk Vida adalah artis naungan KRU, atau sebaliknya,” kata kenyataan itu lagi.

Kami harapkan Datuk Vida dan Edry KRU dapat menyelesaikan masalah ini secara proffesional dan saling bertolak ansur. Jika ada masalah yang berbangkit, mereka berdua mampu untuk bersua muka dan berbincang jalan yang terbaik.

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *