Esklusif. Imam Muda Aasyraf Respek Perkongsian Sasha ELITE Yang Boleh Di Katakan Jijik Di Mata Manusia. Betulker Boleh…

Loading...

Selebriti, Sasha Mohd Saidin, 41, sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anak sulungnya itu di masa depan.

Sasha berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, beliau yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.

“Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.

“Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain,” katanya.

Shasha berkata demikian pada Forum Perdana berkaitan sel stem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

Beliau mengakui banyak membuat kajian mengenai kebaikan sel stem dalam merawat pelbagai penyakit.

Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.

Dalam pada itu juga, perkongsian daripada Shasha Saidin mendapat pujian daripada Imam Muda Asyraff yang juga merupakan salah seorang daripada ahli panel semasa forum tersebut.

Respect Sasha. Perkongsian yg baik dan berani. Tak semua org mampu buat. – imammudaasyraf

Shasha turut mengucapkan terima kasih kepada Imam muda yang turut berkongsi ilmu pada forum berkenaan.

Alhamdulillah. Thank you for sharing your knowledge today and shining light on very important issues that can change and save lives. 😌 – Sasha

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *