Gempar!! Ustaz Sahkan ‘Sihir’ Punca Rumah Tangga Pasangan Artis Ini Retak Bergolak…

Loading...

Pasangan selebriti Adam Shahz dan Fatin Afeefa telah bercerai pada Mei lalu.

Fatin Afeefa menerusi portal hiburan mStar, mengatakan dia tidak menolak dakwaan sihir sebagai punca penceraian mereka.

Pada awalnya dia tidak percaya dengan perkara tersebut, namun kini Fatin Afeefa sedang mendapatkan rawatan perubatan Islam akibat sering jatuh sakit.

Berat badan Fatin Afeefa juga telah susut dengan ketara semenjak beberapa bulan lalu.

Menurut Fatin yang popular dengan filem Tentang Bulan, ustaz yang merawatnya memberitahu ada seseorang yang menghantar sihir pemisah sehingga memudaratkan kesihatannya.

Ini pendedahan dari Fatin Afeefa:

“Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun.


“Malah apabila ke hospital doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tidak tahu apa puncanya.


“Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali,” 

“Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.


“Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun, sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja,” 

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik dan boleh bekerja
seperti biasa. Apabila sudah sihat nak jaga anak-anak pun senang,”

Sementara itu, bekas suami Fatin Afeefa iaitu Adam Shahz telah berkongsi di laman sosial mengenai dia disihir oleh seseorang yang rapat sehingga menyebabkan rumah tangganya bergolak.

Adam Shahz juga ada mendapatkan rawatan yang sama kerana sering mengalami sakit badan.

Fatin Afeeda telah disatukan dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan mempunyai dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4 tahun, dan Ivy Herra Sophia, 2 tahun.

Sumber: mStar

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *