I Di Tegur Seorang Lelaki, Tiba-Tiba I Sedar, I Tak Pakai Baju, Air Putih Meleleh Atas Perut. Gadis Kongsi Pengalaman Di Pukau dan Di Rogol.

Loading...

SEJAK zaman moden ini, rasanya kes rogol kian menjadi-jadi. Bapa rogol anaklah, abang rogol adiklah..

Kali ini ada pula mangsa yang dipukau terlebih dahulu dan dirogol kemudiannya.

Baru-baru ini tular satu conversation menerusi laman Twitter yang menceritakan si mangsa dipukau sebelum dirogol ketika dia baru sahaja sampai rumah.

Katanya sebelum itu, ada seorang lelaki berkepala botak, berkereta Proton Wira warna hijau bertanyakan arah. Kemudian gadis itu tidak mengingati apa-apa.

Apabila ditanya sejauh mana kebenaran yang dia telah dirogol selepas kena pukau itu, mangsa mengatakan dia sedar dalam keadaan sudah tidak berbaju.

“Sebab I tak pakai baju and air mani banyak atas perut I. Tak boleh jalan. I call kawan I pick up I dari situ,” tulisnya.

Awal tahun lalu, ada juga kes yang sama terjadi. Kali ini melibatkan pasangan suami isteri yang dipukau untuk penuhi semua kemahuan bomoh tersebut.

Pada mulanya, mereka berjumpa dengan bomoh tersebut untuk mengubati gangguan makhlus halus yang dialami si isteri. Namun, nasibnya malang apabila dia dirogol bomoh berkenaan.

Disebabkan tweet perbualan ini mendapat perhatian netizen, ada juga individu yang menasihatkan para gadis untuk tidak keluar malam berseorangan.

Memanglah orang kata, kalau benda nak jadi, jadi juga. Tapi kan bagus kalau awal-awal lagi dah ambil langkah berjaga-jaga?

Ada juga yang mengingatkan untuk sentiasa menuturkan bacaan Ayat Kursi di bibir setiap kali keluar dari rumah. Betul juga tu, lagi-lagi Ayat Kursi memang banyak fadilatnya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut dan menasihatkan supaya kaum Hawa ini sentiasa berhati-hati.

“Kalau cakap dengan strangers, don’t look into their eyes,” tulis @hahaakimkim.

“Don’t talk to strangers. Trust no man,” tulis @TOKhairul.

Ada juga yang mengingatkan para ibu bapa untuk mengajar dan membezakan batas anak-anak mereka yang berlainan jantina.

 

Yalah.. kalau dari kecil lagi sudah dibiasakan tidur sekali, berpelukan dan bercium antara abang dan adik perempuan, perkara itu akan dianggap biasa apabila mereka menginjak remaja.

Jadi kepada wanita di luar sana, berhati-hati dengan persekitaran anda. Jika ada orang yang berkelakuan aneh, mungkin boleh pergi ke kedai atau tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *