IBU MENINGGAL DUNIA TIADA SIAPA JAGA ADIK KECIL. KERANA XMAHU PONTENG INI YANG ABANG² LAKUKAN !!!

Loading...

eorang pengguna Facebook di Filipina bernama Shyla Mie Brillantes Blasico telah berkongsi foto yang menjadi viral di laman sosial itu. Gambar tersebut merupakan gambar Mateo Bano dan adiknya.

Shyla merupakan seorang guru di J. Blanco Elementary School yang terletak di daerah South Cotabato di Mindanao, iaitu salah sebuah pulau terbesar di Filipina. Mateo merupakan pelajar gred lima di sekolah itu.

Foto viral ini menunjukkan Mateo Bano, 9 tahun, yang merupakan penjaga adiknya.

Shyla menceritakan bahawa Mateo berasal daripada keluarga miskin. Keluarga itu mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk dia. Mateo merupakan anak tengah. Keadaan keluarga mereka menjadi lebih mencabar tahun lepas setelah ibunya meninggal dunia akibat kehamilan luar rahim.

Menurut Shyla, bapa ketiga-tiga mereka bekerja sebagai tukang kayu di sebuah pekan berdekatan iaitu Surallah. Jadi, dia terpaksa meninggalkan anak-anak untuk keluar bekerja.

Mateo menjaga adiknya yang sedang tidur ketika waktu rehat di sekolah

Shyla menjelaskan di dalam post Facebooknya bahawa Mateo tidak mahu ponteng sekolah. Namun, disebabkan tiada sesiapa yang boleh menjaga adiknya itu, dia terpaksa membawanya ke sekolah. Kadang-kala, abang Mateo yang mengambil giliran menjaga adiknya itu.

Rumah Mateo teruk dibadai angin ribut

Sekolah menjadi ibarat pusat perlindungan mereka tiga beradik. Para guru tidak kisah mereka membawa adik kecil ke sekolah dan mereka juga dapat makanan tengah hari secara percuma melalui program yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran negara itu.

Di rumah, nasib mereka tidak sebegitu baik. Mereka jarang sekali mendapat makanan secukupnya dan menjadi tugas abang Mateo untuk memasak buat mereka sekeluarga.

Orang ramai mula menderma barang dapur setelah melihat gambar viral Mateo

Disebabkan Shyla yang berkongsi gambar itu, orang ramai telah tampil untuk menderma wang kepada kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, Shyla dan beberapa orang guru yang lain tidak mahu menerima wang itu kerana bimbang dituduh mengambil kesempatan terhadap mereka bertiga. Oleh itu, Shyla meminta bukan wang sebagai derma, tetapi barang makan dan kelengkapan persekolahan buat mereka bertiga.

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *