Ini Dia 4 Keluarga Tersenarai Sebagai Orang Paling Berpengaruh Di Malaysia. No 3 Keluarga Kebanggaan Malaysia.

Loading...

Bercakap mengenai individu yang berpengaruh, rata-rata mereka terkenal berdasarkan latar belakang yang pelbagai. Antaranya seperti hiburan, perniagaan, kesihatan dan banyak lagi. Kali ini, Hangat.com bawakan individu – individu yang sebenarnya adik – beradik dan mempunyai pengaruh mereka sendiri berdasarkan pengamatan kami.

1. Adik Beradik Sharifah

Bercakap mengenai nama Sharifah, pasti kebanyakan peminat akan terus mengingati adik-beradik ini.

Manakan tidak, Sharifah Haslinda antara pelakon sekitar 90-an yang cukup terkenal dan diikuti Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah yang kini terkenal menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.

2. Keluarga Naza

Nama keluarga ini cukup disegani di Malaysia. Mempolori perniagaan automotif, didikan yang diberikan oleh Allahyarham SM Tan Sri Nasimuddin kepada anak-anaknya, S.M Faisal, Nur Diana, SM Nasarudin, SM Faliq dan Nur Nadia ternyata menjadikan empayar mereka cukup dikenali di serata dunia.

3. Anak – Anak Sidek

Buat yang lahir di zaman 80an dan 90an pasti akan mengenali anak – anak Sidek iaitu Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid yang merupakan lagenda sukan Badminton negara. Kisah mereka ketika masih kecil yang telah diangkat menjadi komik dan rancangan kartun pernah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan suatu ketika dahulu.

4. Keluarga Ngasri

Jika kisah keluarga mereka diangkat menjadi sebuah rancangan di kaca televisyen, kami pasti ianya pasti mendapat sambutan seperti The Kardashians. Bercakap mengenai keluarga Ngasri, setiap daripada mereka mempunyai auranya tersendiri.

Bermula dari Ngasri Sain yang merupakan personaliti terkenal di RTM, pengaruhnya turut disaingi anak-anaknya iaitu Naszeli, Nasrizal(Bell), Nasreen(Darling) danNasriah(Anne) apabila mereka sejak kecil lagi sudah mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sehinggalah ke hari ini.

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *