Isteri Ditangkap Orang Ramai Akibat Projek Dengan Bangla. Si Isteri Marah Orang Ramai Yang Menangkapnya Pulak.

Loading...

Seorang wanita telah di tangkap ketika melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya bersama seorang pendatang asing warga Bangladesh.

Apa nak jadi dengan zaman sekarang ini? Selalu kita dengar kaum lelaki yang curang tetapi lain pula halnya dengan wanita ini. Wanita ini telah ditangkap oleh orang ramai bersama seorang pendatang asing dipercayai warga Bangladesh.

Menurut video berdurasi 1 minit 39 saat, wanita tersebut merupakan isteri orang ditangkap di Taman Jubli, Alor Setar Kedah. Video yang tular di media sosial itu menunjukkan wanita tersebut cuba mempertahankan lelaki warga Bangladesh itu.

Wanita tersebut juga ada mengatakan ‘Lelaki buat semua boleh tapi kalau perempuan buat semua salah’. Namun, orang ramai yang menangkap wanita tersebut bersama pasangannya nyata tidak berpuas hati apabila menghamun wanita tersebut dengan perkataan ‘Bodoh’.

Lelaki warga Bangladesh itu cuba berlindung di belakang wanita terbabit kerana takut dibelasah oleh orang ramai yang menangkap mereka. Wanita itu tetap mempertahankan tindakannya dengan mengatakan lelaki warga Bangladesh itu tidak membawanya lari tetapi dia mengikutnya dengan rela hati.

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *