Jangan Ingat Anak Artis Kelaut Aje, Lihat Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Dr. Puteri Julia Nabilah Megat Junid. Terbaik!!!

Loading...

Pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil hari ini boleh tersenyum bangga apabila anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah, 24, kini bergelar doktor.

Pemilik syarikat Pena Creatives Sdn. Bhd. itu berkongsi kegembiraan tersebut di akaun Instagramnya pada pagi Ahad.

Ziela turut memuat naik dua buah video dan beberapa keping foto sepanjang menghadiri majlis konvokesyen Julia di Hotel Equatorial, Penang.

Yang terbaru, Ziela berkongsi semula entri yang dimuat naik Julia di akaun Instagramnya @juliamjunid dan telah dihujani ucapan tahniah oleh pengikutnya di bahagian komen.

Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun ini.

Menerusi entrinya, Julia turut ibunya kerana tidak putus-putus memberi semangat dan tidak pernah berhenti berdoa untuknya.

Menurut Julia lagi, kejayaannya pada hari ini adalah untuk Allahyarham bapanya, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Megat Junid Megat Ayob.

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *