Jasad putus digilis lori .. Motosikal BMW S1000 Haji Halmi kemalangan (10Gambar)

Loading...

Jasad putus digilis lori .. Motosikal BMW S1000 Haji Halmi kemalangan (10Gambar)
Kulai : Kemalangan ngeri pagi tadi membabitkan motosikal kuasa tinggi jenis BMW S1000RR dengan sebuah lori di KM 26 Lebuh Raya Senai Kulai.

Mangsa Moh Halmi Bin Haroon ,53, yang menunggang motosikal kuasa tinggi tersebut maut ditempat kejadian impak kemalangan tersebut.

Motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan lori lalu mangsa terjatuh dan digilis, apa yang paling memilukan jasad mangsa terputus dua kesan kemalangan terbabit.

Mangsa dikatakan dalam perjalana pulang ke rumah nya di Batu Pahat, mengikut sumber Moh Halmi atau lebih mesra dengan panggilan Haji Helmi adalah insan yang sangat baik dan dikenali.

Arwah merupakan bekas perkerja bank Cimb dan telah bersara, dia merupakan geng-geng surau ditempat nya tinggal.

Kehilangan nya dalam tragedi tragis pagi tadi mengundang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali nya.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang diredhai Allah. Al fatihah (gambar-gambar jelas jasad mangsa tidak disiarkan hanya yang telah diblur sahaja )

Credit : beritasayu.ne

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *