Kasihnya Anak: Sanggup Berbasikal Sejauh 50KM Semata-mata Nak Jumpa Ayah Mereka Di Penjara, Tetapi Dihalang… Sedihnya!!

Loading...

Kita seringkali mendengar kisah pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak tetapi sejauh mana kita sanggup berkorban untuk ibu bapa kita?

Bagi dua beradik ini, kisah sayang terhadap ayah mereka telah menyentuh hati ramai netizen kerana mereka sanggup berbasikal sejauh 50km hanya kerana mahu berjumpa dengan ayah mereka di penjara.

Menurut Coconuts, mereka telah bertolak dari rumah di Ban Non Khoon, Thailand pada pukul 7.30 pagi dan telah tiba di penjara ayahnya hampir 5 jam selepas itu kira-kira pada pukul 12.10 tengah hari.

Semasa dalam perjalanan, telefon bimbit salah seorang dari dua beradik itu telah terjatuh dan mengalami retakan di skrin oleh kerana hentakan di atas jalan. Mujur telefon itu masih boleh digunakan dan hanya skrin saja yang mengalami kerosakan. Bertabahlah dik!

Malangnya, setelah mengharungi perjalanan sejauh 50km ke Penjara Daerah Kantharalak, mereka telah dihalang masuk oleh pengawal di sana. Sedihnya!

Pengawal di penjara tersebut yang bernama Apichai Manthong berasa simpati terhadap dua beradik itu. Dia tidak boleh membenarkan kanak-kanak tersebut melawat bapanya sendiri oleh kerana hari tersebut bukan hari melawat.

Namun, dia telah membawa mereka ke pejabat pentadbiran untuk memberitahu mereka tentang tarikh ayah mereka akan dibebaskan dan dia juga sempat merakam gelagat dua beradik tersebut sebelum mereka bertolak pulang ke rumah.

“Kanak-kanak tersebut berasa gembira setelah mendengar tarikh pelepasan ayah mereka. Saya tersentuh dengan cinta yang mereka miliki terhadap ayah mereka. Mereka tidak bersekolah pada hujung minggu sebab itu meraka merancang untuk melawat ayah mereka hari ini. Saya hampir menangis. “

Apabila ditanya mengapa ibu mereka tidak menemani dua beradik itu, mereka cuma menjawab ibu mereka berada di Bangkok dan mereka cuma tinggal bersama nenek mereka. Dua beradik itu juga mempunyai seorang abang namun dia pula sakit mental.

Pengawal tersebut sempat memberikan mereka wang tunai sebanyak THB100 setelah mendengar mereka cuma mempunyai THB200 sahaja dalam poket.

Dia juga telah memberikan makanan tengah hari dan air botol percuma dari penjara sebagai bekalan untuk perjalanan pulang mereka.

Sumber:Lobakmerah

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *