Kisah Sayu Achey – “Dulu Aku Susah, Dengan Isteri Tidur Di Bengkel Tapi Aku Tidak Menyesal”

Loading...

Alahai romantik sungguh pelawak dan pelakon, Achey yang baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Yang Terindah khas buat isteri, Nor Hasanah Yahaya.

Pasti sebagai seorang isteri, akan berasa sangat terharu apabila disanjung tinggi oleh kekasih hati yang bergelar suami.

Menurut satu sumber, Achey memberitahu dia mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan lagu tersebut.

Katanya lagi, lagu ini dicipta sebagai hadiah hari jadi buat isterinya yang ke-27 pada bulan April yang lalu dan lagu ini berkisarkan kisah suka duka yang mereka lalui sepanjang enam tahun bergelar suami isteri.

Image result for achey dan isteri 2017

“Saya tidak malu mengaku, dahulu kami hidup susah dan pernah tinggal di bengkel ketika saya bekerja sebagai mekanik.

“Apa yang menyentuh hati saya, isteri saya tidak pernah merungut dan dia ada beritahu yang dia sanggup jual air bersama-sama jika suatu hari saya tidak ada kerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Image result for achey dan isteri 2017

Image result for achey dan isteri 2017

Achey berkata lagi, tidak salah untuk menyampaikan isi hatinya terhadap isteri tercinta menerusi lagu kerana ianya akan menjadi lebih bermakna.

“Isteri saya boleh dengar berkali-kali walau di mana jua dia berada,” ujarnya lagi.

Menerusi akaun Instagram milik Achey, dia ada berkongsi single pertamanya ini dan rata-rata peminat memuji lagu tersebut diselangi dengan kelunakan suara Achey.

Pelawak Achey mengakui single terbarunya yang mula dilancarkan hari ini dicipta untuk isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya.

Isteri Boleh Dengar Ucapan Sayang Saya Kepadanya Hari-Hari Menerusi Lagu Yang Saya Cipta – Sweetnya Achey!

Achey, 31, ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan lagu berjudul Yang Terindah itu.

“Sebenarnya Yang Terindah saya cipta sebagai hadiah hari jadi isteri yang ke-27 pada April lalu. Lagu ini mengisahkan tentang suka duka kami sepanjang enam tahun menjalani hidup bersama sebagai suami isteri.

“Saya tidak malu mengaku, dahulu kami hidup susah dan pernah tinggal di bengkel ketika saya bekerja sebagai mekanik.

“Apa yang menyentuh hati saya, isteri saya tidak pernah merungut dan dia ada beritahu yang dia sanggup jual air bersama-sama jika suatu hari saya tidak ada kerja,” katanya.

Ditanya mengapa dia memilih untuk menyampaikan rasa kasih dan sayangnya kepada isteri menerusi lagu, Achey ada jawapan tersendiri.

“Jadi, tidak salah rasanya jika perasaan itu saya sampaikan menerusi lagu dan ia lebih bermakna serta indah kerana isteri saya boleh dengar berkali-kali walau di mana jua dia berada,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Achey kini sedang bertanding dalam program realiti Super Spontan Superstar 2017, mengetuai kumpulan Tenggiling Taiko.

Setakat ini persembahan Tenggiling Taiko sangat memuaskan apabila berjaya menewaskan kumpulan King Musang yang diketuai Shuib selama tiga minggu berturut-turut.

Mungkinkah ada ahli kumpulan Tenggiling Taiko yang akan dihantar ke pasukan King Musang pada minggu ini?

Jangan lupa saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

zyraqaleesya: Congrats @acheykintangkintung .. sapa yg dgr smbl menghayati lirik.. boleh mengalir air mata..

chibie_v: Setiap saat meremang bulu tgok abey @harry_khalifah like 😄😜

haikalyusri_: Boleh mengalir air mata dengar ni lagu

cikpuan_eda: Sedapnya suara.. merdu n mendayu je lagunya. Tahniah

Sumber: Astro Gempak & Instagram Achey

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *