Lama Berdiam Diri. Inilah Luahan Ustaz Memandu Van Tahfiz Yg Buat Ramai SAYU !!!

Loading...

Lama Berdiam Diri. Inilah Luahan Ustaz Memandu Van Tahfiz Yg Buat Ramai SAYU !!! | Baru-baru ni viral kemalangan van yang mengorbankan beberapa pelajar tahfiz. Terkini wartawan Sinar berjaya temui ustaz muda atau pemandu yang memandu van tersebut.

“Maafkan ustaz….ustaz rasa sangat bersalah. Andai nyawa boleh ditukar ganti, ustaz sanggup berada di tempat kalian.

“Tiada kata-kata yang ustaz dapat lafazkan untuk menyatakan kesesalan hati ini, tetapi ketahuilah ustaz sangat sayangkan kalian semua. Kalian bukan sahaja anak murid tetapi lebih kepada adik-adik, yang ustaz jaga siang dan malam.

“Mana mungkin ustaz sanggup kehilangan kalian, sedangkan sakit pening kalian, ustaz yang jagakan, ustaz yang sapukan ubat, namun takdir ALLAH SWT melebihi segala-galanya.

“ALLAHUAKBAR… dugaan ini cukup berat bagi ustaz. Kalau boleh diputarkan masa, ustaz harap ini semua tidak berlaku dan kita bersama-sama seperti dahulu, tekun menuntut ilmu, bergurau bersama-sama dan berkongsi pelbagai cerita.

“Biarpun ustaz bergelar guru, namun umur kita yang tidak jauh berbeza membuatkan kita semua rapat dan ustaz dapat memahami jiwa remaja kalian, sekali gus mengisi kerinduan kepada adik beradik dan keluarga masing-masing apabila berada di pusat tahfiz.”

Itulah luahan Muhammad Hamzi Mohamad Husham, 24, ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.






Sumber: Sinar Harian

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *