Lelaki ini Tarzan sebenar kerana memanjat pokok setinggi 200 kaki untuk mendapatkan madu lebah

Loading...

Bagi ramai orang, madu sangat mudah untuk diperolehi. Hanya pergi ke pasar raya terdekat dan anda boleh dapatkan ia di dalam botol. Namun, bagi seorang lelaki di Congo, ianya merupakan proses yang melibatkan hidup dan mati.

 Tete boleh dianggap sebagai Tarzan sebenar kerana sanggup memanjat pokok setinggi 200 kaki bagi mendapatkan madu.

Menggunakan ranting liana, dia memanjat dengan tanpa rasa takut.

Menurutnya, untuk memanjat tempat tinggi dan kemungkinan disengat lebah, anda harus mengosongkan rasa takut.

Kalau takut, kemungkinan anda akan jatuh. Malah, kebanyakan kawannya meninggal dunia semasa memanjat pokok tinggi.

Setibanya di atas pokok itu, dia membakar daun-daun yang mengeluarkan asap bagi membolehkan dia mengambil madu di dalam sarang lebah dengan lebih mudah. Walaupun begitu, ianya sangat berbahaya kerana dia boleh disengat dengan begitu sahaja.

Madu ini yang dikatakan penuh khasiat diambil khas untuk keluarganya.

Anak-anaknya tidak rasa takut untuk ayahnya, hanya rasa bangga sahaja. Isterinya juga sangat bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang baik hati sepertinya.

Tete seorang lelaki yang hebat bukan?

Era Baru

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *