Natasha Seksi – Terima Kasih Awak… Awak Betul-Betul Telah Rosakkan Dan Malapkan Kehidupan Saya.

Loading...

Kalau sebelum pelakon baru, Natasha Elyzza ada membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagramnya berhubung isu video rakaman live yang merakamkan dirinya serta seorang individu yang dikatakan sebagai pelakon wanita, Fathia Latiff, kini dia tampil pula di video live menerusi aplikasi Bigo mengucapkan terima kasih.

Video berdurasi lebih daripada 16 minit ini merakamkan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menularkan video rakaman sebelum ini dan dia berkata pihak tersebut telah merosakkan hidupnya.

“Thank you eh sebab awak betul-betul dah merosakkan hidup saya for good actually,” katanya di dalam video berkenaan.

Natasha juga berkata lagi kepada pihak berkenaan, dia berharap agar Allah merahmati hidup mereka dan sentiasa selesa sepanjang masa.

“Kepada orang yang buat video tu, Tasha harap hidup awak akan selesa sepanjang masa may god bless you,” katanya.

Menurut Natasha lagi, individu yang dikatakan sebagai Fathia dalam video yang tular itu, bukan Fathia seperti sangkaan orang ramai.

Berulang kali Natasha mengucapkan terima kasih kepada mereka yang merakam semula video berkenaan dan menularkannya di media sosial sehingga dirinya dikecam teruk oleh netizen.

“Thank you sangat-sangat kepada yang siapa yang record video tu and masukkan kat youtube sampai orang kecam Tasha semua,” ujarnya lagi.

Pelakon baru ini juga berkata dia tidak faham kenapa perlu ada pihak yang merakam aksi di dalam video tersebut sehingga menampakkan aset anggota tubuh salah seorang individu di dalam video tersebut.

“Tasha tak faham kenapa korang nak kena record benda alah tu? Ya ALLAH,” ujarnya dengan reaksi kecewa.

Mari kita lihat video penuh Natasha ini.

Rata-rata yang menonton pula mengeluarkan pendapat mereka tersendiri di ruangan komen.

Namun ada juga yang netizen yang meminta untuk berhenti mengecam dan doakan Natasha berubah.

kredit : Media Hiburan

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *