Netizen Terkejut Selebriti Cantik Zara Zya Kembali Ke Hospital Kesan Daripada Memakai…

Loading...

BAHARU sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya sekitar Julai lalu, pelakon Zara Zya masuk hospital lagi!

Zara, 32, menerusi Instagram miliknya memberitahu kaki dan bahagian tulang belakangnya tiba-tiba berasa sakit sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

Kata Zara, dia berasa panik dengan keadaan itu kerana dia tidak boleh berjalan sehingga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran bagi mendapatkan rawatan di hospital.

“Kejadian semalam… Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan.

“Penyakit Ini Boleh Jadi Kanser” – Zara Zya

Zara Zya Masuk Hospital Akibat Memakai…

Zara Zya sudah kembali pulih.

“Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zara mendedahkan keadaan itu berlaku disebabkan tabiatnya yang gemar memakai kasut bertumit tinggi setiap masa.

“Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai.

“Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi,” katanya.

Sementara itu, Zara berkata keadaannya kini sudah pun beransur pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

 

Sebelum ini Zara menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga kami ekoran ketumbuhan pada bahagian tepi pipinya yang boleh menyebabkan kanser.

RASANYA baharu sahaja menyaksikan pelakon Zara Zya hadir dalam sebuah majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan lalu.

Personalitinya yang ceria dan ramah langsung tidak menampakkan dia sedang mengalami masalah kesihatan.

Agak memeranjatkan apabila secara tiba-tiba Zara memuat naik gambarnya yang sedang terbaring di katil hospital dengan bahagian tengkuk berbalut seperti baru selesai menjalani pembedahan.

Apa sudah jadi Zara?

Zara menerusi Instagram miliknya menjelaskan dia baharu sahaja menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga jam bagi membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya.

Jelasnya lagi, ketumbuhan yang dahulunya kecil semakin membesar dan dia mengambil keputusan untuk membuangnya kerana ia boleh mengakibatkan kanser.

“Kalau dibiarkan ia boleh menyebabkan kanser dan tiada lagi ‘expression’ di wajah Zara,” tulisnya.

Bagaimanapun Zara memberitahu keadaannya kini semakin stabil dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

 

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *