Pelik Apabila Gadis Ini Beri Burung Gagak Makan. Dalam 4 Tahun Gadis Ini Dibayar Gagak Dengan 70 Jenis Harta Karun.

Menolong sesama makhluk hidup dan menjaga hubungan yang baik merupakan satu ciri manusia sebagai makluk sosial. Namun, tolong menolong boleh dilakukan juga dengan makhluk hidup yang lain selain manusia, seperti dengan haiwan.

Kecik2 lagi dah ada sifat belas kasihan…

Semua bermula sejak berumur 4 tahun, Gabi Mann selalu memberi makanan pada burung gagak yang sering hinggap di kabel telefon berhampiran rumahnya. Sang ibu pun memperbolehkannya. Kadang sisa makan tengah hari Gabi dari sekolah, berupa remahan roti atau ketulan diberikan pada burung-burung gagak itu.

Niat yang baik pasti akan diberkati..

Setiap pagi, seperti sudah menjadi kebiasaan untuk gadis yang tinggal di Seattle Amerika itu memberikan makanan pada “tetangga” nya. Gabi menebarkan kacang-kacangan, atau juga makanan anjing yang ternyata disukai oleh mereka. Gabi juga menyiapkan wadah untuk meletakkan makanan dan air minum bila sewaktu-waktu burung-burung itu lapar dan haus di kala ia tak ada.

 

Selang 4 tahun dari kali pertama Gabi memberi makan burung gagak, tiba-tiba ia mencari benda berkilat di dalam bekas yang biasa untuk menaruh makanan. Olala, burung-burung gagak itu ternyata membalas kebaikan Gabi dengan membawakan hadiah untuknya. Dan kejadian tersebut berlanjutan hingga kini, hadiah-hadiah kecil selalu berdatangan, seperti anting-anting, kalung, batu berkilat, atau sekadar klip kertas.

Uniknya suatu ketika Gabi mendapatkan potongan logam yang bertuliskan kata “best”. Sejak saat itu Gabi merasa bahawa burung gagak itu adalah sahabat mereka. Semua pemberian burung gagak itu disimpan sebagai kenang-kenangan oleh Gabi.

Tapi tidak semua orang senang dengan aksi gagak ini. Lebih daripada 50 jirannya menandatangani satu petisyen dan dua jirannya telah mengemukakan tuntutan undang-undang, dengan kenyataan bahawa sejumlah burung gagak telah merosakkan harta tanah rumah mereka dan mencurinya.

Sumber: TPR

Mohon Kongsikan
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *