Penyokong Indonesia datang ke Malaysia semata-mata nak tahu betulkah terjadi seperti apa yang dimainkan dan diapi-apikan oleh media. Salute brother nih!

Loading...

Malaysia baru sahaja menewaskan Indonesia dengan jaringan 1-0 pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2017 sabtu yang lalu.

Ternyata atmosfera penyokong Malaysia pada malam itu sangat mengagumkan jika dilihat dari sudut pandang kamera siaran langsung.

Akibat beberapa isu sebelum ini, nama Malaysia terpalit dengan beberapa kontroversi dan menyebabkan ketegangan kedua negara yang agak kritikal.

Namun, percubaan seorang lelaki ini yang merupakan penyokong Indonesia untuk menyamar dan menyelinap masuk ke stadium sebagai penyokong Malaysia mendapat perhatian.

Andri Suwarno dikatakan menyamar sebagai penyokong Malaysia bagi melihat sendiri dakwaan dan tohmahan terhadap penyokong Malaysia yang diperkatakn di media masa.

penyokong indonesia

Ternyata dia kecewa, soalnya apa yang disampaikan di media masa dan media sosial sangat jauh berbeza dengan apa yang dilihat didepan matanya sendiri.

penyokong indonesia

Dia mengecam beberapa video yang tular di Indonesia mengatakan pihak penyokong Malaysia merendah-rendahkan Indonesia dan menganggapnya palsu kerana sikap yang dia lihat disini berbeza.

penyokong indonesia

Andri juga kagum dengan sikap penyokong Malaysia yang mengamalkan solat berjemaah di perkarangan stadium sebelum perlawanan. Dia menganggap ini merupakan antara kunci kejayaan Malaysia, dekat dengan tuhan dan memohon pada-Nya.

Kami sebagai wakil dari Malaysia berterima kasih kepada Andri atas usaha mulianya yang mahu memberi gambaran sebenar pada negara serumpun bahawa apa yang dilihat di media sosial itu adalah tidak benar. Kita Bersaudara!

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *