Ramai yang terkejut apabila penyanyi Fauziah Latif dan Nassier Wahab buat pengumuman penting ini.

Loading...

Penyanyi lagu Setia Ku Korbankan, Fauziah Latiff telah berangkat ke Mekah pada hari ini bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Agak lama juga tidak mendengar perkembangan Fauziah atau mesra dengan panggilan Jee, 47.

Bagi yang memandangnya pasti berkata, Jee ni tak berubah langsung sejak dulu hingga sekarang.

Semoga Jee dipermudahkan urusan disana.Namun, walaupun tidak dapat dipastikan, Jee berangkat ke sana ditemani siapa.

Bagi Datuk Nassier Wahab, 55, dia ditemani oleh dan pengurus peribadinya, Alif Salim dan mereka ke sana menerusi pakej haji yang diuruskan oleh TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS).

Isterinya, Datin Fatimah tidak dapat turut serta atas masalah kesihatan yang dialami.

“Kak Fatimah tak dapat ikut sebab buat rawatan dialisis tiga kali seminggu. InsyaAllah, akan bakan buatkan Haji untuk dia nanti,” tuturnya.

Menerusi foto yang dimuat naik sejam yang lalu oleh Nassier Wahab di Instagram, terlihat Fauziah Latiff turut berangkat bersama dengannya.

Ruangan komen di instagram Nassier Wahab juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya penyanyi tanah air itu di laman sosial yang bakal berlepas ke Tanah Suci Mekah.

Rata-rata peminat mendoakan mereka supaya dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur.

Nassier Wahab turut memohon maaf jika tidak dapat bertemu dengan semua saudara-mara dan rakan-rakan kenalannya.

“Seandainya saya tidak berjumpa dgn anda sebelum saya ke Mekah, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala dosa saya terhadap anda. Doakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan saya dalam menyempurnakan rukun Islam yang kelima dan mendapat Haji yang Mabrur,” ujarnya.

Ini merupakan pengalaman Haji yang pertama buat Nassier, sebelum ini dia hanya menunaikan umrah bersama pengurus peribadinya.

“Lain rasanya Haji dan Umrah. Sekarang ini pun dah kena banyak belajar untuk berubah sikap ke arah yang lebih positif,” jelasnya.

Dalam pada itu, turut menunaikan haji pada bulan ini termasuk Dua lagenda rock tanah air, Datuk Hattan dan Datuk Nash

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *