Remaja Terperosok Dalam Tayar Treler Mengelupur Beberapa Saat. Alfiq Maut Kepala Digilis Kontena (8Gambar).

Tanjong Karang : Alfiq seorang remaja yang baik dan disenangi rakan-rakan, suka bermain gitar menghiburkan kawan-kawan dan jiran-jiran nya, amat meminati motosikal.

Tak sangka ajalnya maut selepas digilis sebuah treler kontena dalam satu kemalangan di Batu 9, Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini.

Alfiq Syabana Putra Abd. Rahman, mati dalam keadaan mengerikan apabila seluruh anggota badan dan kepala terperosok di bawah tayar treler berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.02 petang.

“Sejurus itu, sepasukan sembilan pegawai dan anggota dengan sebuah jentera diketuai Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II Zuraini Mohamed Rawian dikejar ke tempat kejadian,” katanya.

Menurut Azmi, sebaik tiba di lokasi, mangsa yang berada di bawah treler telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Pasukan bomba kemudiannya membuat kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dari bawah treler itu sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Semoga keluarga dan insan-insan yang mengenalinya tabah dan rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah.

Sumber Asal : beritasayu.my

Mohon Kongsikan
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *