Romantiknya!!! Kejutan Hari Lahir, Sari Yanti ‘Geram’ dengan Jep Sepahtu.

Loading...

Pelakon Sari Yanti meluahkan rasa ‘geram’ dengam suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang membuat kejutan bersempena hari lahirnya yang ke-33.

Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.

“Geram betul dengan budak belakang kakak tu. Orang dah baring nak tidur dia suruh buka pintu. Kata suruh ambil baranglah, apa lah. Dah lah sarung jubah tak gosok. Oh my malunya!,” seloroh Sari.

Selain itu, Sari turut merakamkan ucapan terima kasih serta meluahkan rasa syukur kerana diraikan dengan kejutan.

Alhamdulillah pada 9 November meningkat lah usia kakak setahun lagi.. that makes me 33 years old today. Tak ada perkataan yang dapat di ungkap untuk rasa bahagia di atas doa doa kalian semua. Alhamdulillah.. terima kasih. Sari juga mendoakan semua agar bebas dari perasaan berdukacita dan selalu tenang di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. . .. .. Terima Kasih pada Suami tercinta @jepsepahtu untuk doa yang berpanjangan , keutamaan, perhatian dan kasih sayang.. walaupun masa bukan kawan diwaktu ini , namun Allah swt selalu beri dia jalan untuk sentiasa membahagiakan.. . . Terima kasih Pada keluarga yang pandai bersubahat dengan sang suami untuk kejutan yang menggirangkan hati.. . . . Terima kasih pada sahabat handai yang tak putus putus call dan mendoakan.. Tak kurang juga pada yang lupa tapi akan call kakak lepas baca post ni.. ai tetap sayang 😂 Special thanks – ( @nurhidayahbahar – kakak datang rumah dia untuk raikan dia sebab berjaya dapat Phd .. dia pulak surprise kan kakak sambut birthday kakak. .. awal 4 hari surprise dia. Bertuah nya rasa hati punya sahabat macam ni. Ini insyaallah sampai akhir nanti. Sejati. ) loves you babe. . . . . Of course tak lupa: Terima Kasih pada yang followers kakak yang sering memerhatikan, mendoakan dan tafsirkan gembiranya hati semua atas kesihatan dan kebahagiaan kakak awak ni 🤗 . Kadang kadang kakak perhatikan awak semua juga.. . . Kakak nak ambil peluang ni bukan sekadar untuk berterima kasih. Tapi juga nak mohon maaf andai ada salah silap. ( tetiba mood raya).. lol 😂😂😂- thank u again everyone.  Insyaallah i will be better me.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Sari panjang umur dan murah rezeki serta berbahagia selalu di samping Jep.

Jangan lupa saksikan Jep bersama anggota Sepahtu yang lain dalam program Sepahtu Reunion Live yang bersiaran jam 10 malam ini di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124)!

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sariyanti

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *