Rupa-Rupanya Datuk Boy Iman (DBI) Ayahanda Pekida (Beli Jugak Kut), Malahan Beliau Juga Ahli Bathamim Pukul Tak Kena Yang Diwartakan…

Loading...

ilmuan yang dikenali netizen dengan pukulan bayangan atau tidak kena bila diserang kian menjadi rebutan golongan anak muda yang mencari ilmu kebal dan hebat.. Namun sejauh mana hala tuju ajaran tersebut sehingga dikatakan pengasasnya PADUKA AYAHANDA TUAN AYAH GURU DATO HAJI RAHMAT mempunyai ilmuan hebat dan hidup mewah tanpa bekerja. Adakah ianya sesat atau menjadi ancaman fisikologi minda anak muda kita, dikatakan ianya juga mempunyai bayaran tertentu hingga mencecah ribuan ringgit..

video kian tular di youtube bertajuk TAPEDIRI atau BATHAMIM pukulan bayangan menghadirkan seribu tanda tanya kehebatan ilmuan tersebut… Namun hasil maklumat diperolehi dari MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN menyatakan penyataan
AJARAN TAPEDIRI 65 ATAU BA THA MIM 114
Tarikh Keputusan : 30 Julai 2015

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 seperti berikut:

Penggunaan jurus dan pukul tidak kena dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat.

Perbuatan “Topup” bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat dan ahli-ahli TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 perlu meninggalkan perbuatan tersebut.

Perbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam.

Konsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan adalah tidak boleh dilakukan kerana ia mengundang kepada kerosakan akidah yang lebih besar.

Semakan terhadap semua buku keluaran TAPEDIRI 65 didapati mengandungi banyak kesalahan-kesalahan yang serius.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa kumpulan TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 atau apa-apa kumpulan seumpamanya adalah bercanggah dengan syariah dan semua ahli kumpulan berkenaan hendaklah bertaubat daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

*Ancaman untuk anak-anak miss kita bukan hanya media sosial namun Ancaman minda dan iqtikad cukup mengusarkan..

Kenali logo ahli kumpulan kian menular…

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *