Saksikan! Rakaman CCTV menunjukkan bagaimana anggota polis ini mengawal lelaki bersenjata dengan cara yang luar biasa

Kita sering dikhabar dengan cerita-cerita negatif mengenai anggota polis tetapi pernahkah anda terfikir bahawa dengan bantuan mereka lah kita dapat tidur nyenyak setiap malam. Mereka juga sanggup berkorban nyawa demi menjaga keamanan negara sehingga kita bebas bergerak tanpa rasa takut.

Baru-baru ini tersebar di laman sosial mengenai seorang anggota polis Thailand yang dikatakan sangat berani kerana berjaya menumpaskan seorang penjenayah yang memiliki pisau. Rakaman CCTV jelas menunjukkan bagaimana dia menangani lelaki tersebut dengan cara yang cukup luar biasa.

Seperti yang dapat dilihat pada rakaman CCTV di bawah, seorang lelaki yang memegang pisau besar telah memasuki balai polis Huay Kwang di Bangkok. Berhadapan dengan situasi genting ini, pegawai polis tersebut, Anirut Malee tidak terus mengeluarkan senjatanya malah cuba bercakap dengan lelaki tersebut dengan cara yang baik.

Pegawai polis Thai, Anirut Malee dengan tenang cuba untuk mengendalikan seorang lelaki yang cuba menyerang balai polis tempatnya bertugas

Menurut akhbar DailyMail, Anirut kemudian duduk dengan tenang dan kemudian sekali lagi dia cuba menenangkan penyerang tersebut dan memujuknya untuk menyerahkan pisau yang dipegang.

Anirut memeluk lelaki itu dalam usaha untuk menenangkannya

Apabila lelaki berusia 45 tahun itu menyerahkan pisaunya, Anirut mendekatinya dengan pelukan dan kemudian melemparkan pisau tersebut. Anggota polis lain mulai berkumpul tetapi Anirut memberi isyarat untuk pergi meninggalkan mereka.

“Dia pernah menjadi seorang pemuzik tetapi telah bekerja sebagai pengawal keselamatan selama tiga hari dan tidak dibayar. Dia juga kehilangan gitarnya dan perkara ini telah menekannya.

Saya mendengar ceritanya dan bersimpati terhadapnya. Saya juga memberitahunya yang saya mempunyai sebuah gitar dan akan diberikan kepadanya. Kami juga bercadang untuk makan bersama.”

Penyerang yang tidak dinamakan itu akhirnya dibawa ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan mental.

Sementara itu, ramai orang memuji tindakan pegawai Anirut yang diakatakan sangat berani seperti seorang hero

Kredit: Facebook

kredit : Era Baru

Mohon Kongsikan
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *