Sedih!! 10 Hari Dia Berada Disisiku, Rehatlah Cintaku, Tiada Yang Meminta Menjadi Janda Selepas Kenduri Kahwin.

Loading...

Batu Pahat : ” Tiada wanita berkahwin untuk jadi janda atau ibu tunggal, semua nya mengharap suami berada disisi hingga akhir hayat ” sayu luahan wanita muda ini setelah insan yang di gelar suami pergi buat selamanya.

Dia tahu bernikah dengan insan yang mempunyai penyakit kritikal mengundang diri nya menjadi janda namun itu semua kententuan yang maha esa, dia masih mengharapkan insan yang disayang sembuh seperti sediakala walaupun peluang tersebut agak tipis.

Namun petang semalam merungkai segalanya insan yang disayang telah dijemput ilahi setelah menderita dengan penyakitnya.

Selepas 10 hari menikahi wanita mualaf, penghidap kanser usus dan hati tahap empat, Alfian Rizal, 34, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Melaka Perdana Resort Homes, Ayer Keroh, Melaka, kira-kira 5 petang, hari ini.

Allahyarham Alfian menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, ibu Aisah Selamat, 57, dan bapanya Rizal Abdullah, 61.

Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman ibunya, di Parit Yani Tengah, Batu Pahat, Johor 9.30 malam tadi untuk dikebumikan.

Lebih 50 sahabat Allahyarham, jiran, keluarga serta kenalan ibu dan ayahnya hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Rizal berkata, Allahyarham pernah berpesan supaya jenazahnya dikebumikan di kampung dan mahu diuruskan oleh pakciknya, Sulaiman Jantan, 55, jika dia meninggal dunia.

“Arwah rapat dengan pakciknya, dan memang dia pesan awal-awal jika apa-apa yang berlaku ke atas dirinya, dia mahu dikebumi di sana dan diuruskan Cikman (Sulaiman).

“Kami akur dengan pesanan terakhir dia untuk dikebumikan di sana. Alhamdulillah dia (arwah) pergi dengan tenang, malah tidak berhenti berzikir sejak pagi tadi,” katanya.

Beliau dan isteri menerima ketentuan Allah SWT dan bersyukur apabila impian Alfian untuk menikahi Andrea dimakbul Allah.

Pada 26 Ogos lalu Harian Metro menyiarkan kisah Andrea menikahi penghidap kanser usus dan hati tahap empat, selepas berkenalan selama 12 tahun.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan Puan Andrea terus tabah atas kehilangan nya suami tercinta, 10 hari bersama sangat bermakna dalam hidup nya. Al Fatihah.

*Artical Trending World Wide*

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *