SELEPAS 9 JAM BERSEORANGAN BERJALAN KAKI DARI DAMANSARA MENUJU KE KAJANG, AKHIRNYA LELAKI BERBANGSA INDIA INI DIBANTU OLEH SESEORANG YANG TIDAK DIKENALI

Loading...

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Tiba-tiba saya teringatkan sesuatu yang penting untuk dilakukan, lantas mengambil pakaian dan jaket untuk terus pulang ke rumah.

Ketika dalam perjalanan, saya ternampak seseorang berjalan kaki di lebuh raya. Berseorangan…Disebabkan saya selalu menggunakan jalan tersebut, jadi saya tahu memang tidak ada rumah yang berdekatan dengan kawasan itu.

Kredit: pixabay

Lalu saya memberhentikan kenderaan saya dan bertanyakan kepada lelaki itu jika dia mahu menumpang. Lelaki itu berkata, “bolehkah saya menumpang awak?”

Saya cakap “Sudah tentu. Ke mana awak hendak pergi?”

Dia membalas, “Kajang”.

Saya menjawab “Tiada masalah, lagipun itu jalan yang hendak saya pergi.”

Kemudian, dia menaiki motorsikal saya dan kami pun bergerak menuju ke Kajang untuk menghantarnya pulang. Disebabkan Kajang agak jauh sedikit, kami pun berhenti di sebuah stesen minyak Petron untuk berehat dan mengisi minyak motorsikal.

Kredit: simedarbyproperty

Ketika berehat saya bertanya dari mana dia datang? Dari mana dia mula berjalan kaki? Kenapa dia berjalan kaki? Dan jawapan yang diberikan kepada saya benar-benar mengejutkan saya.

Namanya ialah Ganesan. Dia adalah seorang pekerja am untuk sebuah syarikat swasta. Disebabkan dia terlewat, dia telah ditinggalkan oleh van pekerja selepas dia siap melakukan tugas-tugasnya. Beg dompet, telefon dan kad pengenalannya semuanya tertinggal di dalam van itu.

Cuba teka dari mana dia mula berjalan? DAMANSARA!.

Ganesan mula berjalan kaki daripada pukul 6 petang hingga sekarang pukul 3.30 pagi. Ini bermakna sudah 9 jam 30 minit dia berjalan dari Damansara kerana tiada sesiapa pun mahu menolongnya.

Bukan setakat untuk menumpangkan dia malah satu panggilan telefon pun tidak ada. Tambahan pula, dia tidak langsung memiliki satu sen duit kerana dompetnya tertinggal di dalam van tersebut.

Tidak dapat saya bayangkan betapa lapar dan dahaganya dia kerana terpaksa berjalan kaki tanpa makanan dan minuman selama hampir 10 jam.

Jadi saya telah menawarkan minuman yang saya bawa kepadanya tetapi dia menolak pada mulanya kerana berasa malu. Saya cakap, “jika saya ada duit walaupun RM5 atau RM10 saya pasti akan membawa awak pergi makan malam. Tetapi saya minta maaf banyak-banyak kerana ini sahaja duit yang saya ada.

Hanya cukup untuk mengisi minyak motorsikal kerana semua duit yang saya ada telah dibelanjakan untuk majlis perkahwinan saya pada minggu ini. Namun begitu saya berjanji yang saya akan membawa awak makan tengahari atau makan malam lain kali apabila saya ada duit nanti.”

Ganesan berkata, “tidak mengapa.” Ganesan benar-benar bersyukur kerana saya sudi menolongnya ketika tiada seorang pun yang mahu menolongnya sebelum ini.

Apabila kami tiba di Kajang, saya tidak tahu apakah yang membuatkan saya berasa sangat sedih. Walaupun kita berlainan agama dan bangsa tetapi kita pasti akan merasai keperitan yang sama kerana kita semua manusia….

Ganesan, jika awak membaca post ini, tolong hubungi saya. Kita boleh keluar makan bersama. Jangan risau, saya akan menanggung bil itu nanti. (ketawa).

Era Baru

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *