Selepas Viral Wartawan Muka Seperti Penyanyi No.1 Malaysia, Kini Suara Lelaki Ni Pula Sebijik Macam Suara Datuk Siti Nurhaliza!

Loading...

Selepas viral mengenai seorang wartawan yang menyerupai wajah Datuk Siti Nurhaliza, kini kembali viral apabila seorang lelaki pula dilaporkan mempunyai suara yang sama seperti penyanyi No.1 Malaysia itu!

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Rudiey pernah viral apabila video nyanyiannya di dalam tandas menjadi perbualan netizen sehingga ada yang keliru apa yang dibuat ‘Datuk Siti’ di dalam tandas sebuah asrama. Apa yang aneh lagi adalah mengapa video berkenaan dirakam oleh seorang lelaki?

Rupanya suara yang didendangkan di dalam bilik air Maktab Rendah Sains (MARA) Pasir Salak, Perak itu merupakan suara Rudiey yang mirip dengan suara Datuk Siti. Video berkenaan menunjukkan Rudiey menyanyikan tiga buah lagu milik Datuk Siti, salah satu lagu berkenaan adalah Sesuci Lebaran.

Sumber Astro Gempak

Ditemubual Motif Viral?

Rancangan Motif Viral yang dihoskan oleh Pink Azwan, Hazeman Huzir, Syafa Nisa dan Shalma Aina telah menemubual Rudiey dan Ashryaff Asry, perakam video berkenaan pada 13 Julai yang lalu.

 

Ketika ditemubual, Rudiey memberitahu bahawa dirinya menyedari mempunyai suara seperti Datuk Siti ketika berada berada di darjah 6. Ketika Rudiey di tingkatan 1, seorang guru vokal telah mengesyorkan Rudiey untuk menyanyikan lagu Siti kerana baginya Rudiey mempunyai intonasi melodi yang sama seperti Datuk Siti.

Nyanyi lagu live!

Semasa temubual berkenaan, Rudiey juga telah menyanyikan beberapa buah lagu pendek nyanyian Datuk Siti. Memang tidak dinafikan sedikit sebanyak suara milik lelaki berkenaan hampir menyerupai Datuk Siti!

Ketika ditanya pengacara Hezimen Huzir mengenai komen negatif yang diperolehinya, Rudiey memberitahu bahawa dia ada menerima beberapa komen negatif daripada netizen.

“Antara komen negatif yang saya terima adalah orang cakap saya nak tukar jantina la..ada cakap saya suka sama jenis..ada yang cakap saya tiada identitila..”

Suara diejek?

Rudiey akui ada orang yang mengejek suaranya, tetapi dia tidak mengambil hati dengan ejekan berkenaan. Bahkan selepas viral kerana suaranya, Rudiey memberitahu bahawa kini ramai individu mula menegur dirinya. Malah gurunya turut meminta Rudiey untuk membuat persembahan ketika Sambutan Hari Raya baru-baru ini di sekolahnya.

Berikut kami kongsikan video temubual berkenaan:

Sumber Astro Gempak dan Motif Viral

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *