VIDEO, Tragedi Raya Ke2 Di Tasik Dayang Bunting, Saksi Upload Video Dan Dedah Detik Kejadian. Seram Wei !

Loading...

Hajat remaja lelaki untuk menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting, Langkawi, bersama tiga rakannya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika berenang di tasik berkenaan, hari ini.

Mayat mangsa, Azhar Zaidi, 15, dari Kampung Belanga Pechah, Mukim Kuah di Langkawi, ditemui anggota bomba pada dasar tasik di kedalaman kira-kira 10 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohd Hisham Ibrahim, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.31 tengah hari dan tiba di Tasik Dayang Bunting pada 2.10 petang.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman dan menjumpai mangsa pada 2.48 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tasik Dayang Bunting adalah tasik air tawar yang sering menjadi tumpuan pelancong di Langkawi.

Perjalanan dengan menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting dari jeti Kuah mengambil masa kira-kira 30 minit.

Lelaki ini menceritakan pengalaman beliau ketika berada di tempat kejadian.. Seram wei

Kejadian Depan Mata

Demi Allah apa yg sy ceritakan ni adalah kisah benar untuk dijadikan iktibar untuk pelancong2 atau mereka yg bakal melancong ke Pulau Dayang Bunting, Langkawj. Hari ni jam 12 lebih td brlaku kejadian depan mata sy dan beberapa saksi yg lain seorang budak sekitar 15-16 tahun lemas di Tasik Dayang Bunting sebelum perlahan2 ditarik hingga ke dasar. Waktu kejadian kami ingat dia hanya main2 sebab tak menjerit minta tolong tapi kami dan beberapa saksi lain yg sempat melihat bdk tersebut, sempat meminta bantuan orang2 sekeliling dan penyelamat untuk membantu sehingga lah penyelamat2 lain muncul .

Pengajaran kepada pelancong lain supaya memakai life jacket tapi apa yg sy lihat disini , jacket yg dikenakan caj rm5 kemungkinan menjadi faktor ramai pelancong yg hadir ke tasik tersebut tidak memakai life jacket sedangkan kedalaman tasik Dayang Bunting di Pulau tersebut sedalam 14 meter dan kejadian “tasik yg memakan org” bukan baru jadi harini . Dikatakan setiap tahun akan ada yg ditelan ke Tasik Lagenda tersebut. Tiada pihak yg harus dipersalahkan cuma diri kita sendiri mesti alert sebab kejadian sebelum ni pun seorang orang arab “ditelan” juga hanya kerana tergelincir . Sentiasa lah memakai life jacket walaupun kita tiada niat ingin terjun ke Tasik Lagenda tersebut. Paparan video selepas kejadian akan sy share kan sekali. Mohon share supaya jd iktibar dan peringatan kepada orang lain – Encik Bukatter

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *