Wow!! 4 Selebriti Ini Dihantui Dengan Wajah Mirip Fazura! No 4 Tu Paling Meletop!!

Loading...

Bukan setakat peminat sahaja yang sering dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Fazura kerana memiliki wajah seiras. Ada juga selebriti di Malaysia yang dikatakan seperti kembar Fazura. Tidaklah Hangat.com mengatakan wajah mereka sama 100% namun jika dilihat dari sudut lain wajah selebriti ini seakan-akan mirip Fazura.

 

Keadaan ini berkemungkinan merupakan orang yang mempunyai muka yang serupa dengan dikatakan bahawa mempunyai tujuh orang yang akan mempunyai rupa paras yang sama. Namun, masing-masing mempunya aura dan pesona yang berbeza. Itu tidak dinafikan kerana masing-masing mempunyai bakat tersendiri dalam dunia hiburan.

Jom lihat 3 selebriti ini yang hangat.com cuba rangkumkan dari pelbagai sumber.

Eyka Farhana

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi  atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana berusia 22 tahun merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011. Gadis ini pernah jadi tular kerana wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.

Beliau kini di bawah pengurusan A Klasse Management milik Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Atikah Suhaime

Nur Atikah binti Mohd Suhaime  atau lebih popular sebagai Atikah Suhaime berusia 26  tahunmerupakan pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Malaysia.

Gadis ini sudah biasa disalah sangka seperti Fazura. Ini kerana mereka berdua kelihatan serupa. Atikah yang dilahirkan di Tampines, Singapura menambah yang dia sering menukar gaya rambutnya untuk mengelakkan dari disangka Fazura.

Hanez Suraya

Penampilan aktres jelita Hanez Suraya sering disamakan dengan Fazura, malah wajahnya juga ada sedikit serupa. Hanez pernah mengeluarkan kenyataan di mana dia mengakui rimas apabila peminat-peminat Nur Fazura terus membandingkan diri mereka berdua dan memohon agar mereka menghentikannya.

Pada hangat.com, memanglah sekali pandang, ada sedikit irasnya. Tapi penampilan mereka tidaklah sama seperti yang dikatakan semua. Lagipun, gaya Fazura adalah gaya kasual yang selalu kita lihat digayakan oleh mana-mana gadis yang berpakaian moden dan gemarkan fesyen.

Nur Sajat

Nama Nur Sajat sememangnya tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan mahupun kecantikan. Semakin hari, nama Sajat makin meletop! Wajahnya dengan Fazura tidak seiras, namun persamaan Nursajat dan Fazura adalah kedua-dua mereka pernah bergandingan dengan Fatah Amin.

Sumber Gambar: Intrend

Sajat dilamar oleh pengarah tersohor, Michael Ang bagi melakonkan satu watak kecil di dalam drama kontroversinya, Coffee Prince.

 

Mohon Kongsikan
Loading...
.
.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *